Thursday, September 20, 2012


KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI



Sahabat itu umpama cermin. 
Saya letakkan diri saya, contohnya.

Apabila saya cuba menasihati awak duhai sahabat, atau saya menyampaikan khabar kebaikan kepada awak,  tidak bererti saya ini ingin menyampaikan dan mencari-cari kekurangan awak, dan awak merasa sangat terhina untuk itu. 

Ketahuilah, bukan itu niat saya.
Tetapi, awak itu istimewa. 
Sebagai perantara. 

Apabila menyampaikan nasihat dan khabarkan kebaikan kepada awak, itu bererti saya menyampaikan untuk diri saya sendiri. 
Kerana awak itu ibarat cermin.  Cermin yang istimewa.

Bukankah apabila kita bersiap-siap memakai baju untuk jalan ke mana-mana, maka kita akan menilik cermin?
Untuk apa?

Bukan kerana mahu menyalahkan cermin itu dan mencari-cari kekurangan yang ada padanya hanya kerana penampilan begini dan begitu.
Tetapi hakikatnya, mencari kekurangan diri agar dapat diperbaiki. 
Dan itu, melalui perantaraan cermin yang istimewa tadi. 

Awak.
Awak cermin saya. 
Wahai sahabatku.....saya sayang awak!









Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan perkenannya jualah admin dapat meng'update' kembali blog Rakan Pusat Islam Politeknik Port Dickson.. <http://rakanpi-polipd.blogspot.com/>


apa khabar iman sahabatku sekalian?? semoga berada dalam limpahan Nur dan kurniaanya.. kali ni admin nak kongsikan dengan semua cam ne nak pilih member..seboleh-bolehnya biarlah member yang mengheret kita ke syurga...     Bi iznillah.. admin story kt bawah ni..


Daripada Abu Musa al-Asy'ari R.A : Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Panduan Memilih Sahabat


Berpesan Al-Qomah kepada puteranya, “Wahai puteraku, sekiranya kamu merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah kamu memilih teman-teman yang memiliki sifat tersebut :

 1.  Jika kamu ditimpa bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu.

 2.  Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu maka segera akan mengusahakannya.

  3.  Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantu dengan memberikan pandangan.

   4.  Jika bercakap-cakap dengan temanmu maka ia akan membenarkan kata-katamu.

     5.   Jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu maka ia akan menutupinya.

  6.  Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu maka ia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.

  7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepada temanmu maka ia akan menerimanya bengan baik malah membalasnya kembali.

   8.   Jika temanmu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia akan mengingati dan menghargainya malah akan menyebutnya selalu.

   9.   Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka ia akan bertanyakan kesusahanmu itu.

    10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.


Berkata hukama : “Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ianya seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlulah kamu bertanyakan di sana-sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikut dan meniru perlakuan kawannya itu.”



Berkata Ulama’ : “ Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang kamu pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu, maka orang itu pun memanfaatkan ilmunya kepadamu. Kedua ialah orang yang kamu sendiri memanfaatkan ilmu agamamu kepadanya lalu ilmu itu diterima daripadamu dan diamalkannya. Ketiga ialah orang yang kamu tidak mempelajari apa-apa ilmu agama pun darinya dan kamu sendiri tidak mengajarkan kepadanya maka yang lebih eloknya, kamu larilah daripadanya.”

"Barangsiapa melapangkan (meringankan) kesusahan seorang Islam, dari kesusahan-kesusahan dalam kehidupan dunia, maka Allah akan melapangkan kesusahannya di akhirat. Dan barangsiapa yang meringankan beban derita bagi orang yang menderita, maka Allah akan meringankan dia di dunia dan akhirat" (HR Muslim)


Jadi sahabat..sayangilah sahabat anda.. Ukuwwah Fillah Abadan Abada...



No comments:

Post a Comment