Wednesday, September 15, 2010

RAMADHAN+6 HARI SYAWAL= 1 TAHUN


“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan , kemudian diikuti dengan 6 hari daripada Syawal, adalah seperti berpuasa setahun.”
MATEMATIK FADHILAT SETAHUN
Dikatakan bahawa ‘seperti setahun’ itu kerana 30 hari puasa Ramadhan itu bersamaan 10 bulan dan 6 hari syawal bersamaan 60 hari, maka jadilah 360 hari iaitu kira2 setahun. Setahun hijriyah bersamaan 355 hari kerana tahun hijri kurang 10 hari daripada tahun masihi yang ada 365 hari setahun.
kaedah kira2nya begini:
30 X 10 =300
6 X 10 = 60;
jadi, 300 +60= 360 HARI.
Kenapa didarab dengan 10? Ada hadis yang menyamakan 30 hari itu sama dengan 10 bulan dan 6 hari bersamaan dengan 60 hari. Juga berdasarkan kepada satu hadis yang bermaksud,
“Setiap amalan anak Adam digandakan baginya 10 (kali ganda) yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda…”
Jadi, kalau pakai gandaan yang paling minimum iaitu 10, maka hasilnya ialah 360 hari. BETUL TAK?
Bila Nak Mula Puasa tu?
Yang terbaik/afdhal ialah bermula 2 syawal hinggalah 7 syawal secara berturut2. Kemudian bolehlah beraya 6 pada 8 syawal.
Kalau nak puasa 1 syawal boleh ke?
Kalau serban sebesar bakul sekalipun, warak setara mana pun, alim sehebat mana sekalipun, tetap HARAM puasa pada 1 syawal. Hari tu khusus untuk kita berhari raya kerana menandakan kita sudah berjaya memfitrahkan diri kita kerana Aidil fitri itu sendiri bermaksud kita ‘KEMBALI KEPADA FITRAH’. Apa yang fitrahnya? Apabila kita dah berpuasa sebulan dengan penuh Keimanan dan Keikhlasan, mengharapkan keampunan dan ganjaran daripada Allah jalla wa ‘la, maka diri kita sudah dikira kembali kepada sediakala seperti waktu kita dilahirkan dahulu, iaitu dalam keadaan tiada dosa walau sebesar zarah sekalipun. Inilah HAKIKAT SEBENAR Hari Raya Aidil Fitri.
Kalau Puasa berselang seli dapat juga ke fadhilatnya?
Ya, Fadhilat puasa 6 syawal disebut dalam hadis secara umum, tidak dikhususkan dan dimestikan berturut2. Kalau berselang seli pun terhasil puasanya selagimana dalam bulan Syawal. Kalau puasa akhir syawal sekalipun, contohnya 29 syawal baru habis yang keenam, juga terhasil fadhilatnya. Cuma yang afdhalnya ialah ‘mutatabi’atan’ iaitu berturut2, tidak putus muwaalat harinya. Yang penting syarat sahnya mesti dalam BULAN SYAWAL!!
Kalau macam tu, kesian la kat pompuan yang uzur d bulan Ramadhan?Tak dapat fadhilat setahun la…
Menurut pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafi’e, orang yang ada puasa qadha, wajib qadha puasa dahulu di bulan syawal sebelum puasa sunat. Kalau ada baki, maka bolehlah puasa sunat dalam bulan syawal. Tapi, Bagi orang yang luput sebulan Ramadhannya dan terpaksa ganti sebulan di bulan Syawal, maka dapat lagi fadhilat puasa 6 syawal kalau ia berpuasa dengan niat puasa 6 syawal di bulan Zul qaedah.
Kalau nak niat serentak puasa QADHA’ dan SUNAT SYAWAL, boleh ke??
Ulama’ berselisih pendapat dalam masalah ini. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh.
Dalam mazhab Syafi’e, setengah ulama’ mengharuskan niat serentak puasa qadha dan sunat syawal dan terhasil fadhilat puasa syawal dengan niat serentak. Setengah lagi mengatakan bahawa kalau hanya niat puasa qadha’ sahaja sekalipun, tetap dapat pahala fadhilat puasa 6 hari dalam syawal kerana umum hadis tidak menyebut sama ada puasa itu qadha ataupun puasa sunat !!
Jadi, tak payah niat serentak lah atas dasar mera’ikan kaedah ‘Khilaful Aula’, iaitu mera’ikan pandangan yang mengatakan Tidak Sah niat puasa serentak qadha’ dan sunat.
WALLAHU A’LAM.

Saturday, August 28, 2010

Misteri Batu Terbang, Batu Isra' Mi'raj Nabi Muhammad - Pendapat Alhabib

HEART!!

Sebagai seorang yang dinamakan manusia, kita dilahirkan penuh dengan kekurangan. Dan antara kekurangan yang amat jelas dapat dilihat kini adalah lemahnya seseorang dengan jantina yang berlawanan. Lelaki akan lemah apabila berdepan wanita, dan wanita akan lemah apabila berdepan dengan lelaki.


Mungkin ada yang merasakan, lelaki dan perempuan boleh berkawan sahaja tanpa ada hubungan yang 'lain' . Ya, benar. Memang boleh. (Boleh dari segi sosial, saya bukan bercakap tentang hukum)

Namun kita harus sedar dan mengakui kekurangan yang wujud dalam diri kita. Sudah berapa kali kita mendengar kisah lelaki dan perempuan yang bersahabat baik, menjadi best friend, dan rupanya dalam diam si perempuan menyimpan perasaan terhadap si lelaki. Dan apabila lelaki mengetahuinya, mungkin dia akan berasa bingung kerana mereka hanya kawan, bagaimana kawannya boleh menyimpan perasaan?

Biasanya, di saat ini, apabila dah susah, barulah kita nak kembali kepada Islam. Barulah kita nak ikut cara berhadapan dengan berlainan jantina yang ada dalam agama.

Kaum lelaki kena sedar, bahawa hati perempuan ini tersangatlah lembut.

Ya,ya, saya tau, saya tau, mungkin itu jawapan yang keluar.


Mungkin kalian tahu, tapi kalian belum memahami.

Adakah hanya apabila lelaki meluahkan perasaan maka hati perempuan akan 'cair'? Tidak, semua perkara yang anda lakukan, yang bagi anda mungkin itu perkara biasa, contohnya mengambil berat terhadap si perempuan, disebabkan dia perempuan dan mungkin lebih 'vulnerable' menyebabkan kalian terlebih concern.


Atau mungkin dengan gurauan anda yang mungkin bagi anda biasa, namun dapat menyentuh hati perempuan itu. Hatta perkara kecil sekalipun. Andai dia dapat merasai keikhlasan anda, hatinya akan sangat mudah untuk 'terpaut'. (Maaf, tak dapat fikir perkataan lain yang kurang 'geli')

Atau mungkin layanan anda terhadapnya yang dirasakan 'lain', walaupun hakikatnya anda memanglah seorang yang 'friendly' dan 'happy go lucky'. Contohnya.

Bagi kalian itu perkara biasa, namun sang perempuan yang terseksa. Ini pemerhatian saya daripada banyak perkara yang berlaku di sekeliling. Selepas itu barulah nak saling menyalahkan antara satu sama lain. Yang peliknya, kita jarang nak menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu.

Lelaki: "Sapa suruh pikir lain? Aku tak pernah mengaku apa-apa pun"
Perempuan: "Action speaks louder than words! Dah tau tak suka buat apa nak baik-baik dengan aku!?"

Akhirnya gaduh tak berhenti, kerana dua-dua tak nak mengakui bahawa masing-masing dah terpesong dari panduan tuhan.

Contoh lain, menzahirkan doa kita padanya. Misalnya, "Saya selalu doakan awak" ataupun apa-apa saja doa yang diungkapkan buat perempuan itu dan diketahui olehnya. Nampak macam ok kan? Tapi benda macam itu pun boleh buatkan perempuan itu suka. Contoh ayat dalam hati: "Oh baiknya hati dia, doakan aku...waaaaa"

Doakanlah puas-puas, namun rahsiakanlah darinya. Kan doa itu dipanjatkan ke atas tuhan. Jadi cukuplah Allah yang mengetahuinya. (Sekarang baru korang tau kan. Dah tau jangan nak ambil kesempatan nak try buat pula. Ada yang kena fire karang)

Di sini, barulah kita nampak hikmah mengapa Allah menetapkan berbagai-bagai aturan dalam perhubungan antara lelaki dan perempuan. Kerana yang menciptakan PASTI lebih tahu tentang ciptaan-Nya. Namun kita sering melampaui batas itu, mungkin kerana lupa, atau disebabkan hati kita yang jauh dari-Nya, wallahua'lam, masing-masing boleh jawab sendiri.

Jadi sama-sama kita mengingatkan diri sendiri dan sahabat-sahabat kita.

Kadang-kadang (selalu sebenarnya), seorang perempuan terpaksa mengeraskan hatinya, demi untuk tidak menjatuhkan diri ke dalam fitnah. Andai kita merasakan bahawa perempuan itu sangat tegas terhadap orang lain (maksudnya lelaki), ketahuilah bahawa dia sebenarnya lebih tegas terhadap dirinya sendiri. Mungkin bagi lelaki pun begini, saya pun tak tahulah sebab saya bukan lelaki, tetapi kadang-kadang kita memang perlu mengeraskan hati demi menjaga maruah diri.


Perempuan sememangnya dilahirkan berhati lembut. Namun sebagai 'respons' terhadap apa yang ada di sekelilingnya, terpaksa mengeraskan hati sehinggakan orang merasakan dia seorang yang keras hati, ego dan sebagainya. Jadi bantulah kami kaum perempuan, nasihatlah kami dengan baik, jangan 'test' limit kami, kerana mungkin saja kami akan gagal. Moga kita sentiasa dipelihara Allah dalam setiap perkara.

Sekian cerita kita hari ini, semoga dari sehari ke sehari kita makin dekat kepada Allah.

Amiiin.

Pengajarannya: Ikutlah jalan yang selamat, jangan menjerumuskan diri sendiri ke dalam lembah kebinasaan. Carilah jalan yang selamat itu.

Thursday, August 26, 2010

Doa Taubat

Saturday, August 21, 2010

Kisah manusia tidak menutup aurat.

Sukar sekali bila mendidik rakan-rakan kita khususnya yang perempuan supaya mereka menutup aurat mereka. Jangankan sahaja perempuan, malahan lelaki juga sering tidak menjaga aurat mereka lebih lagi ketika bersama muhrim mereka.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka
keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

Salah satu alasan yang sering digunakan oleh wanita-wanita yang tidak bertudung ialah," La.. Orang bertudung pun mulut macam lonkang, baiklah orang macam aku ni. Walaupun aku tidak bertudung, tapi hati aku baik". Jika benar hati mereka baik, mengapa mereka melanggar perintah Allah? Adakah melanggar perintah Allah itu melambangkan hati mereka yang baik?

Ada antara mereka yang memberikan alasan, "Aku akan pakai tudung dengan keikhlasan kerana Allah, bukan  kerana disuruh oleh orang lain." Sedangkan mereka hanyalah membohongi diri mereka sendiri. Bukanlah perintah menutup aurat itu datangnya dari manusia melainkan ianya dari Allah. Mereka hendak menipu siapa?

Ada juga yang berkata, "Allah tidak pandang paras rupamu, tetapi hatimu.". Rasulullah S.A.W. bersabda "Sesungguhnya Allah tidak akan memandang rupa dan hartamu, tetapi ia memandang hatimu". Adakah hatimu baik seperti yang kamu sangka apabila kamu dengan mudahnya melanggar perintah Allah? Perbuatan kamu mengingkari perintah Allah itu bermula dari hatimu yang mati dan busuk. Jika hatimu mati, apa lagi yang ada pada dirimu?

Alasan paling popular yang digunakan oleh mereka yang tidak menutup aurat ialah:
"Aku ada banyak kawan di office yang bertudung, tapi selalu mengumpat" 

Berikan jawapan ini kepada mereka, orang yang mengumpat hanya mengumpat apabila meraka bertemu dengan kenalan2 tertentu sahaja. Mereka tidak akan mengumpat apabila berjumpa dengan orang tidak dikenali di tepi jalan. Dosa mereka pada masa-masa tertentu sahaja.

Berbeza dengan mereka yang membuka aurat. Dosa mereka tetap akan mengalir 2 kali ganda walau aurat mereka dilihat oleh orang yang dikenali mahupun tidak dikenali. Dosa orang membuka aurat adalah 24 jam,. Bayangkan sehelai rambut, 1000 tahun Neraka waktu Akhirat. Jika ada ribuan helaian rambut. Jika orang pertama yang melihat berkelip sebanyak 10 kali. Bagaimana jika 10 orang. Bagaimana pula jika mereka berjalan-jalan di pasaraya. Bagaimana pula jika mereka mengupload gambar mereka di FaceBook, TV dan lain2, dilihat oleh berjuta-juta manusia. Itu untuk satu hari, bagaimana pula jika hayatnya selama 60 tahun??

Kesimpulannya, orang yang suka mengumpat tetapi menutup aurat, mungkin mereka akan ke Syurga atau Neraka. Tetapi bagi mereka yang tidak menutup aurat, walaupun mulut mereka baik, mereka confirm masuk neraka melainkan dengan rahmat Allah.

Wallahua'alam.

Wednesday, August 11, 2010

A Quick Preparation Guide For Ramadhan

What to do? 

1. Start reading Quran daily. 
2. Spend some time listening to recitations from the Quran.
3. Train yourself to wake up early for Salat al-Fajr.
4. Keep yourself in a state of Wudu' (Ablution) most of the time.
5. Evaluate yourself daily before going to bed.
6. Thank Allah for good deeds, and repent to Him for your mistakes and sins.
7. Start giving Sadaqah daily and make it as a habit.
8. Find time to pray extras, such as Nafals andTahajjud prayers.
9. Spend more time reading Islamic books especially the Quran, Hadith and Fiqh.
10. Find time to help others with your wisdom, knowledge and other talents.
11. Try to write articles on Islam for Muslims as well as for non-Muslims.
12. Associate with Muslim scholars or ulama and other pious people so, you may learn from them.
13. Train yourself to do good, render free service to others to seek the pleasure of Allah.

What to avoid ?

1. Avoid or reduce watching TV. 
2. Avoid looking at unlawful pictures.
3. Spend free time in mosque or Islamic organizations and make that as a daily habit.
4. If you smoke, try to reduce daily usage and cut it down for good.
5. If you have friends who do not practice the teachings of Islam, try to avoid socializing with them.
6. If you travel a lot on business, try to do more local business so you can be closer to your family and community.


 " Time is not money or gold; it is life itself and is limited . You must begin to appreciate every moment of your life and always strive to make the best use of it. "

A Quick Checklist :


1. Make a resolve to win the maximum favor of Allah by performing extra Voluntary prayers (Nawafils), making frequent Dua and increased remembrance (Dhikr).

2. Try to recite some Holy Quran after every Prayer. 

3. Study the Tafseer (commentary) . 

4. Invite a person you are not very close with or your relatives to your home for Iftaar.

5. Bring life to your family! Everyday, try to conclude the fast with your family and spend some quality time together to understand each other better.

6. Give gifts on Eid to at least 5 people: 2 to your family members, 2 to your good friends, and 1 to a person whom you love purely for the sake of Allah. This is in addition to normal 'Iddiya' to children.

7. Where applicable, make commitment to join Islamic study circles to learn more about Islam and improve your own life.

8. Donate generously to the mosque, Islamic organizations and any where people are in need or oppressed. 

9. Share month of Ramadan and its teachings of peace and patience with your colleagues at work, neighbors and relatives.

10. Sleep little, eat little! Make sure you do not defeat the purpose of fasting by over-indulging in food and being lazy.

11. Seek the rare and oft-neglected rewards of the night better than 1000 months ( Laylatul-Qadr ).

12. Weep in private for the forgiveness of your sins.

13. Learn to control your tongue and lower your gaze. 

14. Encourage others to enjoin and love goodness, and to abandon everything that Allah dislikes. Play the role of a Da'ee (one who invites to Allah) with zeal, passion, and sympathy.

15. Experience the joy of Tahajjud prayers late at night and devote yourself purely and fully to Allah in the Itikaf retreat during Ramadan.

16. For extra concerted effort, try to be off work for few last days of Ramadhan for maximum Ibada. 

17. Make an effort to reconcile with the people you are not on good terms with. Forgive everyone and keep your heart clean.

18. In all your dhikr, do not forget your parents, your neighbors', relatives, dead people and other muslims.

Friday, August 6, 2010

Persiapan Ramadhan

Bulan Islam


Kurang daripada seminggu lagi, umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut kedatangan bulan yang paling mulia, Ramadan Al-Mubarak. Bicara soal sambut-menyambut tentulah perlu ada persiapannya. Sepertimana kita hendak menyambut kedatangan YB ke tempat kita. Mungkin ketika ini ramai orang sudah membuat persiapan bagi menyambut ketibaan Ramadan. Namun, persoalannya bagaimanakah persediaan itu?

Persiapan yang mesti dibuat hendaklah merangkumi persiapan fizikal, mental dan ruhani untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak.


Apakah persiapan fizikal?
Persiapan fizikal bukanlah "pulun" habis-habisan sebelum menyambut Ramadhan. Bukannya memastikan perut mampu bertahan menghadapi Ramadhan dengan bekalan makanan yang menjadi isi perut sehingga bertambah beberapa kilogram berat badan!

Persiapan fizikal ialah melatih diri berpuasa. Sebagaimana kita perlu warming up atau stretching dahulu sebelum masuk gelanggang. Hal ini bagi memastikan kita bersedia dan biasa dengan keadaan berpuasa. Menahan lapar dan dahaga dan banyak mengerjakan amal soleh. Bahkan, berpuasa pada bulan Rejab dan Syaaban amat digalakkan dalam Islam. Sunat. Rasulullah tidak pernah berpuasa lebih banyak pada bulan lain melainkan Syaaban. Kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang baik supaya mampu berpuasa dengan sempurna. Alangkah ruginya jika kita mendapat sakit di bulan Ramadan sedang orang lain ralit berpesta ibadah. Sudahlah bulan lain tidak banyak amalan kita. Malangnya, bulan yang digandakan pahala ini juga kita tidak dapat mengerjakannya. Apa lagi yang ada pada kita untuk berdepan dengan Allah di hari Akhirat?


Persiapan yang kedua ialah akal.
Persiapan akal ialah kita sudah bersedia dengan ilmu. Ramai orang berpuasa tetapi punyai ragu-ragu dalam berpuasa dan beribadah di bulan Ramadhan. Ada yang tidak mengetahui apakah ibadah-ibadah yang afdal di bulan ini. Inilah perlunya persiapan ilmu. Lebih teruk lagi, ada yang melakukan persiapan untuk menghadapi hari-hari puasanya yang tentunya banyak masa lapang dengan membeli DVD pelbagai cerita; cerita Korea, Hindustan, Sepanyol, Amerika, cerita lawak dan entah apa-apa cerita lagi. Supaya diri tidak merasa bosan sementara menunggu waktu berbuka. Inilah yang diisi dalam kepala otak mereka!

Alangkah baiknya jika ia diisi dengan ilmu ukhrawi dan ilmu duniawi yang bermanfaat. Hari ini pelbagai jenama penerbit buku telah mengambil inisiatif untuk highlight buku-buku yang khusus bagi bulan-bulan tertentu. Contohnya bulan Ramadan bakal tiba ini, ada flyerskhusus senarai buku-buku berkaitan Ramadan. Ada juga kedai buku yang membuat rak khas buku-buku Ramadan. MasyaAllah...Betapa baiknya jika kita hadam buku-buku itu di siang hari sepanjang Ramadan. Bukan saja dapat mengisi masa yang terluang, manfaat ilmu dan pahala juga kita peroleh.

Persiapan mental yang paling utama ialah setkan matlamat bahawa kita berpuasa ini untuk menjadi hamba Allah yang bertaqwa!

Yang dikatakan persiapan ruhani itu adalah mendidik nafsu kita.

Latihlah diri untuk mula bangun awal supaya dapat bersahur. Bukan untuk kekuatan di siang hari tetapi ia juga adalah suatu ibadah. Paling baik bangun lebih awal sedikit supaya sempat berqiamulail sekurang-kurangnya solat sunat Tahajud dan sunat Taubat. Giatkan lagi pembacaan al-Quran supaya lebih fasih dan tidak terasa berat untuk membaca lebih banyak di bulan Ramadhan. Perbanyakkan amalan sedekah di bulan Ramadan. Kalau boleh buat satu checklist harian atau jadual supaya kita boleh mendisiplinkan diri dengan rutin ibadah dan memastikan kita tidak meninggalkan nikmat beribadah di bulan yang mulia ini.

Ramadan

Akhir sekali, yang paling penting ialah istiqamah. Tidak kira Ramadan atau bukan Ramadan, kita tetap rajin beribadah. Jangan bermusim dalam ibadah. Ramadan bukanlah bulan penuh dengan adat tetapi ibadah! Justeru, tanamkan dalam hati kita untuk terus istiqamah dalam mengerjakan amal soleh kepada Allah SWT. Terus istiqamah untuk mengimarahkan rumah Allah. InsyaAllah.

Wednesday, August 4, 2010

Ucapan Pi

Assalamualaikum dan selamat datang ke laman blog Rakan Pusat Islam Politeknik Port Dickson. Rakan Pusat Islam(RakanPI) adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab menjaga Pusat Islam dan para Pelajar Politeknik khususnya, mengajak yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar.