Saturday, September 24, 2011

Tanda-Tanda Saat Kematian








100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).
Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Tuesday, September 13, 2011

PANAS!!


AMARAN GAMBAR DI ATAS BUKAN NIAT UNTUK MELETAKKAN BAHAN2 LUCAH TETAPI SEBAGAI PEDOMAN SUPAYA KITA TIDAK TERJEBAK DALAM AKSI DIATAS!! INSYALLAH 

asslamulaikum kepada pelayar muslimin muslimat setia rakanpi polipd samada penuntut polipd,penuntut dimana2 ipta,penuntut yang berada di luar negara,masyarakat setempat dan lain2 lagi..ana nal menceritakan kejadian gambar diatas..untuk pengetahuan semua gambar diatas diambil pada masa bulan ramadhan yang telah meninggalkan kita baru2 ini..kejadian berlaku diatas bas..lokasi ana merahsiakannya tetapi kalian tetap mengetahuinya disebabkan kejadian diatas biase dilihat..ikuti ulasan mengenai haramnya budaya seperti diatas.




Mohon ampun serta maaf atas kekurangan saya dalam memberi hujah dan penerangan. Terima kasih juga kepada yang memberi teguran dan respon.

Utamanya yang ingin saya tegaskan disini adalah, bukanlah saya yg menentukan hukum.

Saya hanya mengunapakai apa yang telah ditetapkan dan dikongsikan oleh ulama', para ilmuan serta dari mereka yang alim lagi arif.
Jadi terpulang kepada anda samada mahu terima mahupun tidak.

Suka saya berpesan, diharapkan supaya kita selidiki semula segala ilmu atau pandangan yg diperolehi agar ianya memudahkan kita dalam usaha untuk amalkan dan sampaikan.

Maaf juga kerana menggunakan istilah "couple"  kerana istilah tersebut sinonim dengan mereka yang bercinta atau mempunyai hubungan sebelum nikah.

Berkenaan tentang soal tidak haram selagi mana tidak jelas keharamannya adalah bagi perkara-perkara yg tiada dalil serta nas yg jelas mengharamkannya seperti bermain alat muzik bertali atau status produk yahudi.
Ini adalah pendapat daripada kebanyakan ulama' dan antaranya adalah dari Prof Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

Berbeza dengan soal hukum hubungan antara lelaki dengan wanita ini, ramai ulama' dan mereka yang mempunyai kesedaran agama telah bersepakat hanya nikah sahaja yg menghalalkan hubungan perasaan antara lelaki dengan wanita.

Dalil yg sering dikaitkan adalah dari Al-Quran surah al-Isra' ayat 32 (yang bermaksud) ;
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.

Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina?

Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.

Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit.

Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa

Malah Prof Dr. Yusuf Al-Qardhawi telah menggariskan panduan tentang batas pergaulan bagi wanita dalam kitab Fatawa Al Maratul Muslimah.

Berdasarkan garis panduan itu juga, pasangan bercinta sebelum nikah telah terkeluar drpd panduan tersebut.

Ini kerana selain drpd wajibnya seseorang itu menjaga pandangan, aurat, akhlak, mengelakkan bau-bauan, malah yg paling penting adalah perlunya ada mahram bersama dan juga menjaga hati drpd perasaan yg ditegah.

Pasangan yg bercinta sebelum nikah sering mengabaikan perkara-perkara ini.

Terutamanya dalam bab mahram dan menjaga hati daripada godaan perasaan yg ditegah.

Biarpun hubungan tersebut terbina atas asbab agama atau terjalin dengan restu ibu bapa, ianya tetap haram selagi belum bernikah kerana mereka tidak mempunyai hak biarpun mereka menjaga adab berlandaskan syariat'.

Masalah kesedaran ibu bapa tentang pentingnya mereka membatasi anak mereka sebelum bernikah juga merunsingkan.

Ramai ibu bapa yg redha anak mereka bersama orang yang bukan mahram baik secara langsung atau tidak langsung dan ini sekali gus disalahtafsirkan sebagai restu ibu bapa.
Ini juga jelas bertentangan dgn syariat serta tanggungjawab ibu bapa.
Nau'zubillah min zalik!

Biarpun telah bertunang, pasangan tunang masih dikira ajnabi  (orang asing) selagi belum bernikah.

Jadi, segalanya masih perlu dibatasi baik segi pergaulan dan juga perasaan.

Pertunangan adalah tempoh PERKENALAN, BUKAN SESI SEMAI PERCINTAAN atau PERMSEMENDAAN.

Dalam Islam juga tiada istilah "in relationship" atau "taken by".

Ini kerana sesorang itu masih sah dipinang biarpun "hatinya sudah dimiliki".

MENGAPA DITEGAH???

1- Islam sangat berhati-hati menjaga sifat semulajadi manusia.
2- Menutup segala lubang-lubang maksiat.
3- Mengelakkan fitnah yang mana memberi kesan yang besar dalam kehidupan.
4- Perbuatan ini termasuk dalam muqaddimah zina.
5- Menonjolkan ciri-ciri kemanusiaan dan meninggikan darjat kemanusiaan atas segala darjat.
6- Menolak bentuk pergaulan diatas ciri-ciri kebinatangan dalam proses pembentukkan masyarakat.
7- Melahirkan keperibadian dan generasi manusia yang tinggi etika.

Hukum Islam ditegaskan bagi MENJAMIN KEBAJIKAN umatnya. Couple adalah untuk pasangan yang telah bernikah.
Tiada istilah couple (berpasangan) sebelum nikah. Jika seseorang itu couple juga, maka dia telah melakukan dosa di sisi Allah kerana couple hukumnya haram bagi mereka yang belum ada ikatan perkahwinan.
Couple mendekatkan diri kepada perbuatan zina. Zina itu luas, bukan sekadar hubungan seksual.

Sebab itu saya bertanya, ulama' manakah yg menghalalkan hubungan lelaki dan wanita sebelum nikah?

wallahu a'lam~
(daripada faris ibnu ridza)

Hukum-hakam yang berkaitan dengan pergaulan juga adalah berbeza mengikut  tempat di mana pergaulan itu berlaku

Dalam sesebuah masyarakat Islam, terdapat dua keadaan atau tempat di mana lelaki dan wanita berhimpun antara satu sama lain, yang mana penjelasannya agak berbeza dari segi hukum yang berkaitan dengannya.  Sifat interaksi di antara manusia di dalamnya mungkin melibatkan percampuran diantara lelaki sahaja, wanita sahaja, dan diantara kedua-dua lelaki dan wanita.  Ini adalah:

Tempat umum - Ini melibatkan tempat atau kawasan di mana sesiapa sahaja boleh berada di tempat itu tanpa perlu keizinan iaitu masjid-masjid, jalanan, lorong-lorong dan sebagainya.

Tempat khusus - Ini melibatkan tempat atau kawasan di mana keizinan adalah diperlukan sebelum seseorang memasukinya, seperti rumah.  Di tempat sebegini, adalah dilarang dari memasuki tanpa keizinan pemiliknya, meskipun hanya untuk menjenguk apa yang ada didalamnya.  Sahl ibnu Sa'ad meriwayatkan, "Seorang lelaki mengintai melalui sebuah lubang yang menembusi rumah Rasulullah ketika baginda sedang menggaru kepalanya menggunakan sikat besi kepunyaannya. Beliau(Sallallahu Alaihi wa Sallam) berkata, " seandainya aku sedar kamu sedang mengintai melalui lubang itu, akan aku cucuk matamu dengan sikat ini.  Sesungguhnya, arahan untuk meminta kebenaran bagi memasuki rumah yang berpenghuni telah dikaitkan dengan kisah ini (iaitu seseorang tidak sepatutnya melihat keadaan orang lain tanpa kebenaran)." [Riwayat Bukhari] 

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.  Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu selalu ingat.  Jika kamu tidak menemui seorangpun di dalamnya, maka janganlah kamu masuk sebelum kamu mendapat izin.  Dan jika dikatakan kepadamu: "Kembali sajalah", maka hendaklah kamu kembali.  Itu lebih bersih bagimu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." [TMQ An Nur:27-28]

Dari ayat ini dapat disimpulkan bahawa tempat yang dianggap seperti rumah dan di namakan tempat khusus adalah satu kawasan di mana tiada seorang pun dari luar yang boleh memasukinya kecuali dengan keizinan.  Di tempat seperti ini, wanita mempunyai hukum khusus, iaitu dinamakan sebagai hukum dalam kehidupan khusus. Ia merujuk kepada tempat yang dianggap rumah atau tempat tinggal. Ia dibandingkan melalui analogi iaitu tempat-tempat yang tidak dibuka untuk orang awam atau kawasan-kawasan yang mana tidak ada sesiapa dibenarkan memasukinya kecuali setelah mendapat keizinan. Walaubagaimanapun, jika tempat-tempat itu boleh dilihat oleh orang luar contohnya kerana ia diperbuat dari kaca lutsinar, yang mana isinya terdedah kepada umum, maka ia dianggap sebagai tempat umum. Begitu juga dengan tempat-tempat yang terbuka kepada orang umum, yang mana sesiapa yang mempunyai permasalahan atau urusan boleh memasukinya tanpa keizinan, seperti pejabat-pejabat adalah tertakluk kepada hukum dalam kehidupan umum.

Islam menjelaskan hukum-hakam yang mengatur hubungan  di antara lelaki dan wanita di setiap jenis keadaan ini. 

Kehidupan Khusus (Hayat al-khassah)

Ini meliputi pergaulan manusia apabila berada di tempat khusus.  Hukumnya di sini adalah percampuran (ikhtilath) antara lelaki dan wanita bukan mahram, secara umumnya adalah dilarang.  Namun begitu, Syara' membolehkan percampuran berlaku di dalam sesuatu keadaan yang tertentu.  Di dalam semua keadaan tersebut, seorang wanita tidak dibenarkan berkhalwat(bersunyi-sunyian) dengan seorang lelaki bersendrian.  Keadaan tersebut adalah:

1) Perubatan: Adalah dibenarkan bagi lelaki dan wanita berinteraksi dengan tujuan melakukan rawatan perubatan.  Para Sahabiyah biasa merawat para Sahabat dan Rasulullah membenarkannya.

2) Dakwah: Adalah dibenarkan bagi lelaki dan perempuan untuk hadir di dalam satu kelas yang sama seandainya tujuan percampuran mereka itu adalah untuk mempelajari tentang Islam ataupun jenis ilmu pelajaran yang lain yang dibenarkan oleh Syara'.  Adik kepada Umar Radiallahu anhu sedang diajar ilmu al Quran oleh Khabab ibnu Arrat radiallahu anhu bersama suaminya tatkala Umar masuk ke rumah mereka. Telah diriwayatkan bahawa Ummu Salamah dan Aishah Radiallahu anha juga sering melakukan dakwah ke atas lelaki dan wanita.

3) Perkahwinan:  Sekiranya seorang lelaki berkeinginan untuk memperisterikan seseorang wanita itu, adalah beliau dibenarkan untuk berbicara dengan wanita itu tentang hal peribadi wanita itu dan berkenaan perkahwinan mereka.  Seorang lelaki telah datang kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam untuk menanyakan tentang perihal wanita yang ingin dinikahinya, dan Rasulullah menyuruh beliau pergi bertemu wanita itu, iaitu menemuinya bersama Mahramnya. 

4)  Tekanan atau kecemasan:  Dalam keadaan darurat atau berlaku kecemasan seperti gempa bumi, peperangan atau taufan, percampuran yang sepatutnya adalah dibenarkan antara lelaki dan perempuan dalam tindakan untuk menyingkirkan sebarang bahaya atau ancaman.

5) Penangkapan oleh Negara:  Dalil kepada perkara ini adalah dari Uthman dan Umar Radiallahu anhu berkata, "Wahai kaum wanita, tutupilah diri kalian, kami akan masuk" dan beliau memasuki rumah itu dengan tenteranya untuk menangkap seseorang dan terdapat Ijma' Sahabat (kesepakatan para sahabat) ke atas perkara ini. 

6) Jamuan makan: Dalam Surah an Nur, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

" Tidak ada salahnya bagi orang buta, dan tidak ada salahnya bagi orang tempang, dan tidak ada salahnya bagi orang sakit (jika masing-masing tidak menjalankan sesuatu perintah disebabkan keuzurannya menghendaki ia berlaku demikian), dan juga tidak ada salah bagi kamu makan(bersama-sama mereka) di Rumah kamu sendiri, atau di Rumah bapa kamu, atau di Rumah ibu kamu, atau di Rumah saudara kamu Yang lelaki, atau di Rumah saudara kamu Yang perempuan, atau di Rumah bapa saudara kamu (sebelah bapa), atau di Rumah emak saudara kamu (sebelah bapa), atau di Rumah bapa saudara kamu (sebelah ibu), atau di Rumah emak saudara kamu (sebelah ibu), atau di Rumah Yang kamu kuasai kuncinya, atau di Rumah sahabat kamu; tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asingan. Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa Yang seperti) kamu Dengan memohon kepada Allah cara hidup Yang berkat lagi baik. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat (yang menjelaskan hukum-hukumNya), supaya kamu memahaminya." [TMQ an Nur24:61]

Bagi lelaki dan wanita untuk makan bersama-sama adalah dibenarkan di tempat yang telah dinyatakan dalam ayat di atas seperti rumah bapamu atau sahabatmu sebagaimana ayat, " tidak juga menjadi salah bagi kamu, makan bersama-sama atau berasing-asingan."

Namun demikian, manusia hendaklah berhati-hati iaitu walaupun makan bersama dengan wanita di rumah teman-teman di bolehkan, tetapi mereka mesti meninggalkan tempat itu sebaik selesai makan dan berwaspada terhadap ikhtilath iaitu pergaulan dengan lawan jenis yang mungkin akan melampaui batasan yang dibenarkan syarak. 

7) Silaturahim (mengekalkan hubungan persaudaraan):  Adalah dibenarkan bagi sanak-saudara bukan mahram untuk duduk bersama dengan bukan mahram mereka(orang-orang yang boleh dinikahi) semata-mata bagi tujuan Silaturahim selagi ianya bukan berkhalwat(bersunyi-sunyian).  Terdapat beberapa hadis yang menitikberatkan tentang mengekalkan hubungan baik dengan sanak-saudara.

Telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersabda: "Sesiapa yang menginginkan dirinya dikurniakan lebih kekayaan dan umurnya dipanjangkan, maka hendaklah dia mengekalkan hubungan baik dengan sanak-saudaranya." [HR MUslim]

Juga telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radiallahu anhu, sesungguhnya Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menciptakan makhluk hingga ketika selesai menciptakannya berdirilah rahim dan berkata, " Ini adalah tempat bagi orang yang berlindung kepada-Mu dari memutuskan silaturahmi. "Allah berfirman, "Benar, apakah engkau senang jika aku menyambungkanmu dan memutuskan orang yang memutuskanmu?" Rahim berkata, "Tentu sahaja aku sangat senang." Allah berfirman, " Maka itu untukmu."  [Mutafaq 'alaih]





Khalwat (Bersunyi-sunyian)

Khalwat membawa erti berkumpulnya seorang lelaki dan perempuan bukan mahram secara berdua-duaan atau bersunyi-sunyian tanpa di temani oleh mahram mereka atau orang lain.  Ini boleh terjadi di tempat khusus mahupun tempat umum.  Di dalam mana-mana salah satu keadaan tempat (umum atau khusus), berkhalwat adalah ditegah sama sekali di sisi Islam.  Maka kedua-dua lelaki ataupun  wanita yang melakukannya adalah berdosa. 

Khalwat di tempat khusus: Perkara ini berlaku di mana-mana tempat yang yang memerlukan kebenaran untk memasukinya, seperti rumah kediaman atau bilik tidur.

Khalwat di tempat umum:  Perkara ini berlaku di mana-mana tempat umum yang mana tidak menjadi laluan orang lain ( tempat sunyi).  Sebagai contoh, di dalam hutan atau di dalam bilik yang terasing di pejabat-pejabat.

Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, "Janganlah seorang laki-laki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dia disertai mahramnya, kerana yang ketiga di antara keduanya adalah syaitan." [HR Muslim]

Dari Bukhari di riwayatkan sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, "Janganlah sekali-kali seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali jika wanita itu disertai mahramnya.  Tidak boleh pula seorang wanita melakukan perjalanan kecuali disertai mahramnya." Tiba-tiba salah seorang sahabat berdiri dan berkata ' Wahai Rasulullah, sesungguhnya isteriku hendak pergi menunaikan ibadah haji, sedangkan aku sudah ditugaskan ke peperangan anu dan anu.'  Rasulullah menjawab, "Pergilah engkau dan tunaikan ibadah haji bersama isterimu." [HR Muslim]

Malu dan menundukkan pandangan

Sebahagian dari syarat untuk mengekalkan maruah dan kehormatan para lelaki dan wanita di dalam Islam adalah hukum tentang bagaimanakah pandangan mereka antara  satu sama lain.  Adalah di larang(berdosa) bagi seorang lelaki untuk merenung seorang perempuan dengan pandangan yang berahi kecuali terhadap isterinya.  Begitu jugalah hukum seorang wanita Islam memandang lelaki.

Bahkan, penekanannya adalah dalam menundukkan pandangan jauh di antara lawan jenis ketika berhadapan dengan mereka di tempat seperti jalanan atau pasar-pasar.  

Allah subhanahu wa Ta'ala berfirman: "Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan.Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menahan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [TMQ an Nisa'24:30-31]

Dari Jabir ibnu Abdullah meriwayakan, "Aku pernah bertanya pada Sallallahu Alaihi wa Sallam mengenai pandangan yang tiba-tiba (tidak disengajakan).  Maka Baginda (SAW) menyuruhku untuk memalingkan pandanganku." [HR Muslim]

Ini menunjukkan bahawa hukum atau pengaturan bagaimana lelaki Muslim memandang wanita Muslim adalah sangat berbeza dengan cara Barat memandang wanita.  Di Barat, wanita dilihat sebagai objek seksual dan perasaan hormat terhadap wanita di Barat hampir tiada sama sekali.  Malahan, jika adapun rasa hormat itu, kriteria asasnya lebih tertumpu kepada sifat fizikal luaran semata, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:  

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi Penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."  [TMQ at Taubah9:71]

Khatimah

Aspek Sistem Sosial dalam sebuah Negara Islam ini akan mencegah exploitasi kaum wanita dalam pornografi, mahupun pengunaan tubuh badan wanita untuk tujuan pengiklanan bagi melariskan sesuatu produk.  Tambahan pula dalam media secara umumnya, sama ada di kaca-kaca televisyen, majalah-majalah, surat khabar-surat khabar serta filem-filem, tidak ada lelaki mahupun perempuan yang akan digambarkan peranan mereka dengan cara mendedahkan aurat mereka, ataupun terlibat dengan aktiviti yang ditegah  dalam Islam. 

Dengan itu, adegan-adegan seksual yang diperbesarkan oleh media-media seperti yang dihadapi oleh masyarakat Barat, dan imej songsang kaum lelaki dan wanita yang terbina dalam pemikiran masyarakat disebabkan adegan-adegan ini, tidak akan pernah ada dalam sebuah Negara Islam.

Sumber: Islamic Revival (Usul and Fiqh) 

Tuesday, September 6, 2011

Adab Menjaga Fitrah Lelaki & Perempuan

·         ADAB  bermaksud    : Tingkahlaku atau Tuturkata yang halus dan bersopan
·         FITRAH  bermaksud : Sifat Semulajadi sama ada Bakat, Perasaan atau  
                                            Perasaan  Keagamaan.

·         ADAB MENJAGA FITRAH LELAKI ATAU PEREMPUAN  bermaksud ::
           Menjaga tingkahlaku atau  tuturkata yang bersopan dan Menjaga sifat
           semulajadi sebagai seorang  lelaki atau perempuan berdasarkan Syariat Islam.

TUNTUTAN / HUKUM MENJAGA FITRAH KEJANTINAAN
Menjaga fitrah sebagai lelaki atau perempuan adalah Wajib. Islam melarang keras  umatnya melanggar fitrah ters


CONTOH PERBUATAN MENYALAHI 
FITRAH KEJANTINAAN
§  Lelaki memakai pakaian perempuan & Perempuan memakai pakaian lelaki.
§  Menukar jantina melalui pembedahan.
§  Lelaki meniru tingkahlaku / gaya perempuan dan sebaliknya
§  Lelaki meniru cara percakapan perempuan dan sebaliknya.
§  Mengadakan hubungan luar tabie antara lelaki dengan  lelaki(homoseksual,perempuan dgn perempuan (lesbian) 


AKIBAT &  BALASAN  MENYALAHI  FITRAH  KEJANTINAAN
AKIBAT DI DUNIA 
Kpd individu:
¨       Di sisih oleh Masyarakat
¨       Terkena penyakit berbahaya spt AIDS, Siplis
¨       Jiwa tidak tenang
¨        Kehidupan tidak diberkati Allah


Kpd masyarakat
¨       Maksiat berleluasa dalam masyarakat
¨       Masyarakat tidak diberkati dan dirahmati Allah

BALASAN DI AKHIRAt
¨       Dilaknati oleh Allah SWT
¨       Dilaknati oleh Rasulullah saw nabi tidak akan mengaku umatnya

ADAB BERGAUL



Text Box: ADAB BERGAUL
Sesama Lelaki
·         Menjaga batas aurat – Di antara pusat hingga lutut
·         Mengelakkan perkara yang boleh mendorong kepada kecenderungan syahwat lelaki dengan lelaki.
·         Menjauhi perbuatan  yang dilarang oleh syarak spt. Liwat
·         Saling hormat menghormati



Sesama Perempuan
o    Menjaga batas aurat sesama wanita Islam dan dgn wanita kafir
o    Mengelakkan perkara yang boleh mendorong kpd kecenderungan syahwat perempuan kepada perempuan
o    Menjauhi perbuatan yg dilarang  syarak spt musahaqah (lesbian)
o    Menjaga sifat semulajadi  keperempuanan spr lemah-lembut



Lelaki dgn Perempuan
§  Menjaga cara berpakaian  dan  batas aurat
§  Tidak bergaul bebas  spt berpegangan tangan ,berdua-duaan dll
§  Menjaga pandangan dan nada suara ketika bercakap / berinteraksi
§  Menjaga perbualan drpd membincangkan perkara tidak  berfaedah spt perkara lagha (melalaikan ) dan lucah.




BATAS  AURAT ( MENGIKUT  SYARAK )

Lelaki
  • Sesama lelaki
  • Dgn  perempuan mahram                        }        Antara pusat hingga lutut
  • Dgn  perempuan ajnabi (asing)




Perempuan

Ø  Dgn lelaki ajnabi
Ø  Dgn perempuan kafir                              
                           
 

Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak  tangan                                              

Ø  Dgn lelaki mahram


Seluruh anggota kecuali bahagian yang biasa terdedah sahaja
    spt kepala, tengkuk, tangan,tumit

Ø  Sesama perempuan


 Antara pusat hingga lutut




SEBAB BERLAKU PERBUATAN MENYALAHI FITRAH

HIKMAH MEMATUHI FITRAH LELAKI / PEREMPUAN


Ø  Lemah iman
Ø  Kurang penghayatan agama
Ø  Suka meniru budaya nagetif dari media cetak atau elektronik
Ø  Pergaulan bebas
Ø  Kurang keperihatinan ibubapa terhadap anak-anak yang mempunyai kecenderungan  kpd jantina lain


Ø  Hidup bermaruah
Ø  Dapat mengawal diri dari melakukan maksiat
Ø  Dapat membendung penyakit sosial dlm masyarakat
Ø  Hidup diredai dan diberkati Allah SWT


IKTIBAR DARI  KISAH KAUM NABI LUT A.S.


¨       Kaum Nabi Lut suka melakukan hubungan jenis ( homoseksual ).
¨       Suatu ketika Nabi lut didatangi dua malaikat yang menyerupai dua orang pemuda  rupawan.
¨       Sebaik kaumnya menyedari kedatangan tetamu tersebut, mrk menyerbu ke rumah Nabi  Lut  dgn berkata : “Wahai Lut, berikanlah tamu itu pada kami”.Jawab Nabi Lutt:” Wahai Kaumku,aku mempunyai beberapa orang anak perempuan yg masih gadis,mereka lebih Layak bagi kamu,bertaqwalah kpd Allah,Janganlah mencemarkan namaku di hadapan  tetamuku .Apakah kamu tidak berakal”
¨       Mereka menjawab:” Sesungguhnya kamu telah mengetahui bahawa kami tidakmempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu dan kamu tentu tahu apa yang kami kehendaki”
¨       Kaum Nabi Lut meneruskan perbuatan keji itu( liwat ) walaupun ditegah oleh Nabi Lut.
¨       Akhirnya Allah menurunkan bala’ dengan Membalikkan Bumi dan semuanya musnah  kecuali mereka yang beriman kepada Allah 









PERHIASAN

Di sebuah kos putri…
“Yanti subhanallah, mau pesta kemana?” Tatap seorang temannya tak berkedip pada Yanti yang berdandan tebal bak artis. Yanti menjawab, “Kamu berlebihan deh. Yanti mau ikut pengajian bareng temen-temen, jadi harus bersih dan rapi. Kebersihan itu kan sebagian dari iman. Berangkat dulu ya. Assalaamu’alaykum…”
Setelah Yanti pergi, ada suara heboh Riri yang hendak pergi juga. “Duh Riri tetangga kamarku yang baru pulang dari kampus. Kucel amat. Lho… lho… Ini mo pergi lagi ya, gak mau bersihin wajah dan rapiin bajumu dulu?” Riri menjawab, “Nanti menyebar fitnah lho. Wanita itu kan ujian bagi laki-laki. Riri berangkat ta’lim ya. Assalaamu’alaykum…”
Sepenggal kisah di atas banyak kita jumpai dalam kehidupan kita sehari-hari. Banyak sekali wanita berhias di luar rumahnya dengan alasan kerapian dan kebersihan, sementara di sisi lain banyak juga yang sama sekali tidak memperhatikan penampilannya dengan alasan menjaga kehormatan muslimah. Tahukah saudariku bahwa Islam memiliki tuntunan dalam berhias? Dalam kitab Shahih Bukhari disebutkan sebuah hadits shahih dari Ibnu Mas’ud radhiyallhu ‘anhu, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda,
“Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan.”
Dan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Al Handhalliyah disebutkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda kepada para sahabatnya ketika mereka hendak mendatangi saudara mereka,
“Kalian akan mendatangi saudara-saudara kalian. Karenanya perbaikilah kendaraan kalian, dan pakailah pakaian yang bagus sehingga kalian menjadi seperti tahi lalat di tengah-tengah umat manusia. Sesungguhnya Allah tidak menyukai sesuatu yang buruk.”(HR. Abu Dawud dan Hakim)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengkategorikan kondisi dan pakaian yang tidak bagus sebagai suatu hal yang buruk. Semuanya itu termasuk hal yang dibenci oleh Islam. Islam mengajak kaum muslimin secara keseluruhan untuk selalu berpenampilan bagus. Bertolak dari hal itu, seorang muslimah tidak boleh mengabaikan dirinya dan bersikap tidak acuh terhadap penampilan yang rapi dan bersih, terlebih lagi jika sudah membina rumah tangga. Hendaknya ia senantiasa berpenampilan yang baik dengan tidak berlebih-lebihan.
Muslimah yang cerdas akan senantiasa menyelaraskan antara lahir dan batin. Perhatiannya pada penampilan yang baik bersumber dari pemahaman yang baik pula terhadap agamanya. Karena penampilan yang rapi dan bersih merupakan hal yang mulia. Lalu, bagaimanakah tuntunan Islam dalam berhias?
Kebersihan badan adalah kuncinya.
Sudah seharusnya seorang wanita menjaga kebersihan badannya dengan mandi. Dari Abu Hurairah radhiyallau ‘anhu, nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Dari Abi Rofi’, ia berkata, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pada suatu malam berkeliling mengunjungi beberap istrinya (untuk menunaian hajatnya), maka beliau mandi setiap keluar dari rumah istri-istrinya. Maka Abu Rofi’ bertanya, ‘Ya, Rasulullah, tidakkah mandi sekali saja?’ Maka jawab Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Ini lebih suci dan lebih bersih.’” (Ibnu Majah dan Abu Daud, derajat haditsnya hasan)
Mandi dapat menghilangkan kotoran sehingga menjauhkan seorang muslimah dari penyakit dan menjaga agar badannya tidak bau. Sehingga ia pun akan menjadi dekat dengan orang-orang di sekitarnya.
Hendaklah seorang wanita juga menjaga hal-hal yang termasuk fitrah yaitu memotong kuku dan memelihara kebersihannya agar tidak panjang atau kotor. Kuku yang panjang akan tampak buruk dipandang, menyebabkan menumpuknya kotoran di bawah kuku dan mengurangi kegesitan pemiliknya dalam bekerja.
Hal lain yang termasuk fitrah adalah mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan. Hal ini sangat dianjurkan dalam Islam, selain dapat menjaga kebersihan dan keindahan tubuh seorang muslimah. Oleh karenanya, seorang muslimah hendaknya tidak membiarkannya lebih dari 40 hari.Dari Abu Hurairah radhiyallau ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Lima hal yang termasuk fitrah (kesucian): mencukur bulu kemaluan, khitan, menipiskan kumis, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku.” (HR. Bukhari Muslim)
Perhatikanlah mulut karena dengannya engkau berdzikir dan berbicara kepada manusia.
Wanita muslimah hendaknya selalu menjaga kebersihan mulutnya dengan cara membersihkan giginya dengan siwak atau sikat gigi dan alat pembersih lain jika tidak ada siwak. Bersiwak dianjurkan dalam setiap keadaan dan lebih ditekankan lagi ketika hendak berwudhu’, akan shalat, akan membaca Al Qur’an, masuk ke dalam rumah dan bangun malam ketika hendak shalat tahajjud. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Seandainya tidak memberatkan umatku, niscaya aku akan memerintahkan kepada mereka untuk bersiwak setiap kali akan shalat.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Selain itu, hendaknya seorang muslimah menjaga mulutnya dari bau yang tidak sedap.
“Barangsiapa yang makan bawang merah dan bawang putih serta kucai, maka janganlah dia mendekati masjid kami.” (HR. Muslim)
Karena bau yang tidak sedap mengganggu malaikat dan orang-orang yang hadir di dalam masjid serta mengurangi konsentrasi dalam berdzkikir. Maka hendaknya seorang muslimah juga menjaga bau mulutnya di mana pun ia berada.
Rawatlah keindahan mahkotamu.
Sudah seharusnya seorang muslimah menjaga keindahan rambutnya karena rambut merupakan mahkota seorang wanita. Dan hendaknya dia menjaga kebersihan, menyisir, merapikan dan memperindah bentuknya.
“Barangsiapa yang memiliki rambut maka hendaklah dia memuliakannya.” (HR. Abu Dawud)
Kebersihan pakaian tidak pantas diabaikan.
Islam menyukai orang yang menjaga kebersihan pakaiannya dan tidak menyukai orang yang berpakaian kotor padahal ia mampu mencuci dan membersihkannya. Dari Jabirradhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengunjungi kami, lalu beliau melihat seorang laki-laki yang mengenakan pakaian kotor, maka beliau pun bersabda,
“Orang ini tidak mempunyai sabun yang dapat digunakan untuk mencuci pakaiannya.”(HR. Imam Ahmad dan Nasa’i).
Jika petunjuk nabi ini ditujukan pada laki-laki, maka terlebih lagi pada wanita karena ia memegang peranan penting dalam rumah tangganya.
Perbaikilah penampilan.
Hendaklah seorang muslimah memperbaiki penampilannya untuk menampakkan nikmat Allah yang telah diberikan kepadanya.
“Sesungguhnya Allah senang melihat tanda nikmat yang diberikan kepada hamba-hambaNya.” (HR. Tirmidzi dan Hakim)
Seorang muslimah diperbolehkan untuk menghiasi dirinya dengan hal-hal yang mubah misalnya mengenakan sutra dan emas, mutiara dan berbagai jenis batu permata, celak, menggunakan inai (pacar) pada kuku dan menyemir rambut yang beruban, menggunakan kosmetik alami atau kosmetik yang tidak mengandung zat berbahaya dengan tidak berlebihan. Dan tentu saja berhias di sini bukanlah dengan maksud mempercantik diri di hadapan lelaki yang bukan mahramnya.
Hal yang dapat membantu memperbaiki penampilan seorang muslimah adalah memakan makanan yang bergizi serta tidak berlebih-lebihan dalam makan dan minum.
“Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Qs. Al A’raf: 31)
Selain itu juga rajin berolahraga dapat bermanfaat untuk menjaga stamina dan keindahan tubuh serta mempercantik kulit seorang muslimah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallammerupakan teladan yang baik dalam hal ini, beliau pernah mengajak ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha untuk lomba lari (HR. Abu Daud, Nasa’i dan Thabrani)
Janganlah tabarruj.
Berhias bagi wanita ada 3 macam, yaitu berhias untuk suami, berhias di depan wanita dan lelaki mahram (orang yang haram dinikahi), dan berhias di depan lelaki bukan mahram.
Berhias untuk suami hukumnya dianjurkan dan tidak memiliki batasan. Berhias di hadapan wanita dan lelaki mahram dibolehkan tetapi dengan batasan tidak menampakkan aurat dan boleh menampakkan perhiasan yang melekat pada selain aurat. Di mana aurat wanita bagi wanita lain adalah mulai pusar hingga lutut[*] sedangkan aurat wanita di hadapan lelaki mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka, kepala, leher, kedua tangan dan kedua kaki. Berhias di depan lelaki bukan mahram hukumnya haram dan inilah yang disebut dengan tabarruj.
[*] Demikianlah pendapat banyak ulama. Namun menurut Syaikh Al Albani, pendapat ini tidak ada dalilnya, sehingga aurat di depan wanita sama dengan aurat di hadapan mahram.
Jauhilah cara berhias yang dilarang oleh Islam.
Tidak diperbolehkan untuk berhias dengan cara yang dilarang oleh Islam, yaitu:
1. Memotong rambut di atas pundak karena menyerupai laki-laki, kecuali dalam kondisi darurat.
“Aku terbebas dari wanita yang menggundul rambut kepalanya, berteriak dengan suara keras dan merobek-robek pakaiannya (ketika mendapat musibah).” (HR. Muslim)
2. Menyambung rambut.
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat wanita yang menyambung rambutnya dengan rambut lain dan wanita yang meminta agar rambutnya disambung.” (HR. Bukhari Muslim)
3. Menghilangkan sebagian atau seluruh alis.
Tertera dalam Shahih Muslim bahwa Ibnu Mas’ud radhiyallau ‘anhu berkata, “Allah melaknat wanita yang mentato bagian-bagian dari tubuh dan wanita yang meminta untuk ditato, wanita yang mencukur seluruh atau sebagian alisnya dan wanita yang meminta untuk dicukur alisnya, dan wanita yang mengikir sela-sela gigi depannya untuk kecantikan, yang merubah ciptaan Allah ‘Azza wa Jalla.”
4. Mengikir sela-sela gigi, yaitu mengikir sela-sela gigi dengan alat kikir sehingga membentuk sedikit kerenggangan untuk tujuan mempercantik diri.
5. Mentatto bagian tubuhnya.
6. Menyemir rambut dengan warna hitam.
“Pada akhir zaman akan ada suatu kaum yang mewarnai (rambutnya) dengan warna hitam seperti dada burung merpati, mereka tidak akan mencium baunya surga.” (Shahih Jami’ush Shaghir no. 8153)
Berhati-hati dalam memilih cara berhias.
Sesungguhnya cara berhias sangatlah banyak dan beragam. Hendaknya seorang muslimah berhati-hati dalam memilih cara berhias, di antaranya adalah sebagai berikut:
1. Tidak boleh menyerupai laki-laki.
“Sungguh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat seorang wanita yang menyerupai laki-laki.” (HR. Abu Daud)
2. Tidak boleh menyerupai orang kafir.
“Barangsiapa menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk mereka.” (HR. Ahmad dan Abu Daud)
3. Tidak boleh berbentuk permanen sehingga tidak hilang seumur hidup misalnya tatto dan tidak mengubah ciptaan Allah misalnya operasi plastik. Hal ini disebabkan termasuk hasutan setan sebagaimana diceritakan oleh Allah,
“Dan akan aku suruh mereka merubah ciptaan Allah dan mereka pun benar-benar melakukannya.” (Qs. An Nisa: 119)
4. Tidak berbahaya bagi tubuh.
5. Tidak menghalangi air untuk bersuci ke kulit atau rambut.
6. Tidak mengandung pemborosan atau membuang-buang uang.
7. Tidak membuang-buang waktu sehingga kewajiban lain terlalaikan.
8. Penggunaannya jangan sampai membuat wanita sombong, takabur, membanggakan diri dan tinggi hati di hadapan orang lain.
Wanita santun lebih baik daripada wanita pesolek.
Kita tahu banyak wanita yang berdandan secara berlebihan dan bepergian keluar rumah tanpa mengenal batas waktu dengan mengatasnamakan ‘Inilah rupa kemajuan dan modernitas’.
Sesungguhnya kemajuan dan modernitas bukanlah dengan menentang perintah dan larangan Allah. Ketahuilah Allah Maha Tahu apa yang baik dan buruk untuk hambaNya. Mengikuti kemajuan adalah mengambil hal-hal bermanfaat yang dapat memajukan umat dan membantu kita untuk hidup lebih baik. Dan kita harus memandangnya dari kaca mata kebenaran. Kita mengambil hal-hal yang sesuai tuntunan Islam dan meninggalkan hal-hal yang bertentangan dengan Islam.
Jauhilah berhias yang dilarang oleh syari’at, wahai saudariku. Sungguh wanita yang keluar rumah dengan penampilan yang berlebihan sebenarnya dia melemparkan dirinya ke dalam api neraka. Sedangkan wanita yang menghiasi jiwanya dengan kesantunan dan berhias sesuai tuntunan Islam adalah wanita yang menempatkan dirinya pada tempat yang mulia.