Tuesday, September 6, 2011

Adab Menjaga Fitrah Lelaki & Perempuan

·         ADAB  bermaksud    : Tingkahlaku atau Tuturkata yang halus dan bersopan
·         FITRAH  bermaksud : Sifat Semulajadi sama ada Bakat, Perasaan atau  
                                            Perasaan  Keagamaan.

·         ADAB MENJAGA FITRAH LELAKI ATAU PEREMPUAN  bermaksud ::
           Menjaga tingkahlaku atau  tuturkata yang bersopan dan Menjaga sifat
           semulajadi sebagai seorang  lelaki atau perempuan berdasarkan Syariat Islam.

TUNTUTAN / HUKUM MENJAGA FITRAH KEJANTINAAN
Menjaga fitrah sebagai lelaki atau perempuan adalah Wajib. Islam melarang keras  umatnya melanggar fitrah ters


CONTOH PERBUATAN MENYALAHI 
FITRAH KEJANTINAAN
§  Lelaki memakai pakaian perempuan & Perempuan memakai pakaian lelaki.
§  Menukar jantina melalui pembedahan.
§  Lelaki meniru tingkahlaku / gaya perempuan dan sebaliknya
§  Lelaki meniru cara percakapan perempuan dan sebaliknya.
§  Mengadakan hubungan luar tabie antara lelaki dengan  lelaki(homoseksual,perempuan dgn perempuan (lesbian) 


AKIBAT &  BALASAN  MENYALAHI  FITRAH  KEJANTINAAN
AKIBAT DI DUNIA 
Kpd individu:
¨       Di sisih oleh Masyarakat
¨       Terkena penyakit berbahaya spt AIDS, Siplis
¨       Jiwa tidak tenang
¨        Kehidupan tidak diberkati Allah


Kpd masyarakat
¨       Maksiat berleluasa dalam masyarakat
¨       Masyarakat tidak diberkati dan dirahmati Allah

BALASAN DI AKHIRAt
¨       Dilaknati oleh Allah SWT
¨       Dilaknati oleh Rasulullah saw nabi tidak akan mengaku umatnya

ADAB BERGAUL



Text Box: ADAB BERGAUL
Sesama Lelaki
·         Menjaga batas aurat – Di antara pusat hingga lutut
·         Mengelakkan perkara yang boleh mendorong kepada kecenderungan syahwat lelaki dengan lelaki.
·         Menjauhi perbuatan  yang dilarang oleh syarak spt. Liwat
·         Saling hormat menghormati



Sesama Perempuan
o    Menjaga batas aurat sesama wanita Islam dan dgn wanita kafir
o    Mengelakkan perkara yang boleh mendorong kpd kecenderungan syahwat perempuan kepada perempuan
o    Menjauhi perbuatan yg dilarang  syarak spt musahaqah (lesbian)
o    Menjaga sifat semulajadi  keperempuanan spr lemah-lembut



Lelaki dgn Perempuan
§  Menjaga cara berpakaian  dan  batas aurat
§  Tidak bergaul bebas  spt berpegangan tangan ,berdua-duaan dll
§  Menjaga pandangan dan nada suara ketika bercakap / berinteraksi
§  Menjaga perbualan drpd membincangkan perkara tidak  berfaedah spt perkara lagha (melalaikan ) dan lucah.




BATAS  AURAT ( MENGIKUT  SYARAK )

Lelaki
  • Sesama lelaki
  • Dgn  perempuan mahram                        }        Antara pusat hingga lutut
  • Dgn  perempuan ajnabi (asing)




Perempuan

Ø  Dgn lelaki ajnabi
Ø  Dgn perempuan kafir                              
                           
 

Seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak  tangan                                              

Ø  Dgn lelaki mahram


Seluruh anggota kecuali bahagian yang biasa terdedah sahaja
    spt kepala, tengkuk, tangan,tumit

Ø  Sesama perempuan


 Antara pusat hingga lutut




SEBAB BERLAKU PERBUATAN MENYALAHI FITRAH

HIKMAH MEMATUHI FITRAH LELAKI / PEREMPUAN


Ø  Lemah iman
Ø  Kurang penghayatan agama
Ø  Suka meniru budaya nagetif dari media cetak atau elektronik
Ø  Pergaulan bebas
Ø  Kurang keperihatinan ibubapa terhadap anak-anak yang mempunyai kecenderungan  kpd jantina lain


Ø  Hidup bermaruah
Ø  Dapat mengawal diri dari melakukan maksiat
Ø  Dapat membendung penyakit sosial dlm masyarakat
Ø  Hidup diredai dan diberkati Allah SWT


IKTIBAR DARI  KISAH KAUM NABI LUT A.S.


¨       Kaum Nabi Lut suka melakukan hubungan jenis ( homoseksual ).
¨       Suatu ketika Nabi lut didatangi dua malaikat yang menyerupai dua orang pemuda  rupawan.
¨       Sebaik kaumnya menyedari kedatangan tetamu tersebut, mrk menyerbu ke rumah Nabi  Lut  dgn berkata : “Wahai Lut, berikanlah tamu itu pada kami”.Jawab Nabi Lutt:” Wahai Kaumku,aku mempunyai beberapa orang anak perempuan yg masih gadis,mereka lebih Layak bagi kamu,bertaqwalah kpd Allah,Janganlah mencemarkan namaku di hadapan  tetamuku .Apakah kamu tidak berakal”
¨       Mereka menjawab:” Sesungguhnya kamu telah mengetahui bahawa kami tidakmempunyai keinginan terhadap puteri-puterimu dan kamu tentu tahu apa yang kami kehendaki”
¨       Kaum Nabi Lut meneruskan perbuatan keji itu( liwat ) walaupun ditegah oleh Nabi Lut.
¨       Akhirnya Allah menurunkan bala’ dengan Membalikkan Bumi dan semuanya musnah  kecuali mereka yang beriman kepada Allah 









5 comments: