Saturday, September 29, 2012

Al-Fatihah




Siapa yang membaca Surah al-Fatihah,
setiap ayat yang dibaca itu dijawab oleh Allah.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : “Kami berada di belakang Imam (bersolat), maka berkatalah Imam itu kepadaku : “Bacalah al-Fatihah dalam hatimu, karena
aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. mengatakan : Telah berkata Allah Azza-wa Jalla : Aku bagi solat (di sini maksudnya ialah al-Fatihah) antaraKu dan hambaKu menjadi dua bahagian (maksudnya : seperdua untukKu dan seperdua lagi untuk hambaKu), dan bagi hambaKu apa yang mereka minta.

Apabila hambaKu itu berkata : “Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin”,
Allah menjawab : ”HambaKu memujiKu” ;

dan apabila hambaKu berkata : “Arrahmaanir Rahiim”,
Allah menjawab : “HambaKu menyanjungKu” ;

dan apabila hambaKu berkata : “Maaliki Yaumiddin”,
Allah menjawab : “HambaKu memuliakanKu”,

dan apabila hambaKu berkata “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin”,
Allah menjawab : “Ini seperdua untukKu dan seperdua untuk hambaKu, bagi hambaKu, apa yang ia minta;

dan apabila hambaKu berkata “Ihdinashshiraathalmustaqiim, shiraathal ladzina an’amta ‘alaihim, ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh-dhaalliin”,
Allah menjawab : Ini semuanya untuk hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang ia minta”.

(Hadis Riwayat Muslim)




MUWASAFAT TARBIYAH



Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Kata-kata Imam Hassan Al-Banna
"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir rebah, maka akan ku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa2 muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan tersergam indah".
 Akhir zaman sangat ramai golongan yang mengambil bidang Agama, tetapi tidak memahami apa itu tuntutan Agama dan apa itu nilai-nilai serta akhlak Islam. Apatah lagi nak mengamalkan Islam serta nak perjuangkan Islam dan nak menjadikan akhlaknya seperti akhlak al-Quran.

Ramai yang bercakap soal perjuangan, tetapi tak ramai yang mampu bersama-sama dalam perjuangan dan tetap teguh dalam satu saff. Ramai juga golongan Agama yang mementingkan pengisian perut berbanding Rohani, apabila diajak untuk ke program tarbiah, kuliah dan sewaktu dengannya yang tidak menjanjikan income padanya, maka mereka akan lari dan banyak pula alasan.

Pernahkah kita berfikir, kalaulah para sahabat Radiyallahu A'anhum dan pejuang-pejuang terdahulu bersikap sedemikian dalam menyampaikan risalah Islam, sampaikah Islam dan dapatkan kita mengecapi nikmat Islam hingga hari ini?

Kita bukan permulaan daripada perjuangan ini, dan kita juga bukan pengakhiran daripada perjuangan ini....tetapi, kita bisa jadi mata rantai daripada perjuangan ini.
Allahurabbi.."Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu..
Jika Engkau mentaqdirkan mati,maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong "



10 Muwasafat Tarbiyyah

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan dari manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang daie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna.

Sifat-sifat yang perlu 
ada pada diri dua'h ialah:

1. Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

· Dakwah berat tanggungjawab dan tugas – perlukan badan yang sihat dan kuat.

· Rasulullah S.A.W menitikberatkan soal ini. Maksud Hadith : "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan" .

· Pesanan al-Banna:

· Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan.

2. Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

· Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi S.A.W.

· Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai'e iaitu sensitif, tawadhu' , benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

3.Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

· Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain.

· Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah.

· Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.

· Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4. Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

· Walaupun kaya, perlu bekerja.

· Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/rasmi.

· Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.

· Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).

· Menjauhi riba dalam semua lapangan.

· Menyimpan untuk waktu kesempitan.

· Menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran.

· Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.



5. Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

· Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.

· Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.

· Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.



6. Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

· Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.

· Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.

· Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).



7. Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

· Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.

· Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.

· Dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.



8. Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

· Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.

· Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

· ..Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia.



9. Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

· Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.

· Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.



10. Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

· Dai'e umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.

· Dai'e adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai'e.

· Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.

· Dai'e merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.



Sama-samalah kita perbaiki dan menjaga diri kita, ahli keluarga serta orang bawah jagaan kita supaya terselamat dari api neraka. Perbaikilah diri dari semasa ke samasa, kerana orang yang selalu mengislah diri adalah golongan yang disukai Allah Ta'ala. 

Bi Iznillah






Thursday, September 20, 2012

FASIK ??

FASIK??

NAU'ZUBILLAHI MIN ZALIK...



Siapakah golongan yang termasuk dikalangan orang-orang FASIK?





1. Seorang pemimpin tidak mahu melaksanakan hukum-hukum Allah SWT walaupun dia berkemampuan dan berkuasa untuk melaksanakannya.

2. Suka melakukan dosa-dosa besar dan maksiat seperti derhaka kepada kedua ibu bapa, berzina, minum arak. berjudi, melakukan sihir dan membunuh manusia tanpa hak, derhaka (nusyuz) isteri kepada suami dan tidak
menutup aurat.

3. Tidak melakukan kewajipan kepada Allah SWT seperti meninggalkan solat, meninggalkan puasa Ramadan, tidak mahu membayar zakat dan tidak mahu mengerjakan haji (walaupun berkemampuan)

4. Suka mengambil harta secara haram seperti mencuri, mengambil rasuah, makan riba dan makan harta anak yatim dan merampas hak orang lain secara penipuan.

5. Suka mengumpat, membuat fitnah, menuduh wanita atau lelaki yang baik berzina dengan tidak membawa 4 saksi, mengadu domba, suka bersumpah palsu dan menjadi saksi palsu dimahkamah.

6. Berkekalan dengan melakukan dosa-dosa kecil . Dosa kecil yang menjadi besar jika dilakukan terus menerus. Menurut Imam Hasan al-Basri, tidak ada dosa kecil apabila dilakukan dengan terus menerus dan tidak ada dosa besar apabila disertai dengan istighfar.


"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (Al-Hujurat : 6)
JOM CHECK DIRI KITA......




KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI



Sahabat itu umpama cermin. 
Saya letakkan diri saya, contohnya.

Apabila saya cuba menasihati awak duhai sahabat, atau saya menyampaikan khabar kebaikan kepada awak,  tidak bererti saya ini ingin menyampaikan dan mencari-cari kekurangan awak, dan awak merasa sangat terhina untuk itu. 

Ketahuilah, bukan itu niat saya.
Tetapi, awak itu istimewa. 
Sebagai perantara. 

Apabila menyampaikan nasihat dan khabarkan kebaikan kepada awak, itu bererti saya menyampaikan untuk diri saya sendiri. 
Kerana awak itu ibarat cermin.  Cermin yang istimewa.

Bukankah apabila kita bersiap-siap memakai baju untuk jalan ke mana-mana, maka kita akan menilik cermin?
Untuk apa?

Bukan kerana mahu menyalahkan cermin itu dan mencari-cari kekurangan yang ada padanya hanya kerana penampilan begini dan begitu.
Tetapi hakikatnya, mencari kekurangan diri agar dapat diperbaiki. 
Dan itu, melalui perantaraan cermin yang istimewa tadi. 

Awak.
Awak cermin saya. 
Wahai sahabatku.....saya sayang awak!









Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan perkenannya jualah admin dapat meng'update' kembali blog Rakan Pusat Islam Politeknik Port Dickson.. <http://rakanpi-polipd.blogspot.com/>


apa khabar iman sahabatku sekalian?? semoga berada dalam limpahan Nur dan kurniaanya.. kali ni admin nak kongsikan dengan semua cam ne nak pilih member..seboleh-bolehnya biarlah member yang mengheret kita ke syurga...     Bi iznillah.. admin story kt bawah ni..


Daripada Abu Musa al-Asy'ari R.A : Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Panduan Memilih Sahabat


Berpesan Al-Qomah kepada puteranya, “Wahai puteraku, sekiranya kamu merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah kamu memilih teman-teman yang memiliki sifat tersebut :

 1.  Jika kamu ditimpa bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu.

 2.  Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu maka segera akan mengusahakannya.

  3.  Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantu dengan memberikan pandangan.

   4.  Jika bercakap-cakap dengan temanmu maka ia akan membenarkan kata-katamu.

     5.   Jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu maka ia akan menutupinya.

  6.  Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu maka ia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.

  7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan kepada temanmu maka ia akan menerimanya bengan baik malah membalasnya kembali.

   8.   Jika temanmu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia akan mengingati dan menghargainya malah akan menyebutnya selalu.

   9.   Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka ia akan bertanyakan kesusahanmu itu.

    10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.


Berkata hukama : “Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adakah ianya seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlulah kamu bertanyakan di sana-sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikut dan meniru perlakuan kawannya itu.”



Berkata Ulama’ : “ Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang kamu pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu, maka orang itu pun memanfaatkan ilmunya kepadamu. Kedua ialah orang yang kamu sendiri memanfaatkan ilmu agamamu kepadanya lalu ilmu itu diterima daripadamu dan diamalkannya. Ketiga ialah orang yang kamu tidak mempelajari apa-apa ilmu agama pun darinya dan kamu sendiri tidak mengajarkan kepadanya maka yang lebih eloknya, kamu larilah daripadanya.”

"Barangsiapa melapangkan (meringankan) kesusahan seorang Islam, dari kesusahan-kesusahan dalam kehidupan dunia, maka Allah akan melapangkan kesusahannya di akhirat. Dan barangsiapa yang meringankan beban derita bagi orang yang menderita, maka Allah akan meringankan dia di dunia dan akhirat" (HR Muslim)


Jadi sahabat..sayangilah sahabat anda.. Ukuwwah Fillah Abadan Abada...



Wednesday, September 12, 2012

RAKAN PUSAT ISLAM SESI JUN 2012

ASSALAMUALAIKUM WBT..SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA AHLI RAKAN PUSAT ISLAM YANG TELAH DILANTIK BARU-BARU INI. DARIPADA PENASIHAT HINGGALAH KE AHLI BIASA RAKAN PUSAT ISLAM. ALHAMDULILLAH PANJATKAN SYUKUR KEPADA ALLAH SWT KERNA DENGAN IZINNYA KITA TERPILIH UNTUK MENJADI AHLI RAKAN PUSAT ISLAM. RAKAN PUSAT ISLAM INI TIDAK HANYA DI POLI PD INI SAHAJA BAHKAN IANYA ADALAH SATU BADAN YANG TERDAPAT DI SELURUH IPTA.SEMOGA DENGAN PERLANTIKKAN INI DAPAT KITA MENGERATKAN LAGI TALI SILATURRAHIM DAN JUGA MENGIMARAHKAN LAGI PUSAT ISLAM POLI PD..MUDAHAN2 ALLAH SWT MEMBANTU MELANCARKAN SEGALA AKTIVITI YANG AKAN DIRANGCANG NANTI AMIN..

JIKA TERDAPAT ARTIKEL2 YANG HENDAK DIKONGSIKAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI AJK2 UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFO UNTUK DITERBITKAN DI LAMAN BLOG INI