Siapa yang membaca Surah al-Fatihah,
setiap ayat yang dibaca itu dijawab oleh Allah.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya : “Kami berada di belakang Imam
(bersolat), maka berkatalah Imam itu kepadaku : “Bacalah al-Fatihah
dalam hatimu, karena
aku telah mendengar Rasulullah s.a.w.
mengatakan : Telah berkata Allah Azza-wa Jalla : Aku bagi solat (di sini
maksudnya ialah al-Fatihah) antaraKu dan hambaKu menjadi dua bahagian
(maksudnya : seperdua untukKu dan seperdua lagi untuk hambaKu), dan bagi
hambaKu apa yang mereka minta.
Apabila hambaKu itu berkata : “Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin”,
Allah menjawab : ”HambaKu memujiKu” ;
dan apabila hambaKu berkata : “Arrahmaanir Rahiim”,
Allah menjawab : “HambaKu menyanjungKu” ;
dan apabila hambaKu berkata : “Maaliki Yaumiddin”,
Allah menjawab : “HambaKu memuliakanKu”,
dan apabila hambaKu berkata “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin”,
Allah menjawab : “Ini seperdua untukKu dan seperdua untuk hambaKu, bagi hambaKu, apa yang ia minta;
dan apabila hambaKu berkata “Ihdinashshiraathalmustaqiim, shiraathal
ladzina an’amta ‘alaihim, ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh-dhaalliin”,
Allah menjawab : Ini semuanya untuk hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang ia minta”.
(Hadis Riwayat Muslim)
aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. mengatakan : Telah berkata Allah Azza-wa Jalla : Aku bagi solat (di sini maksudnya ialah al-Fatihah) antaraKu dan hambaKu menjadi dua bahagian (maksudnya : seperdua untukKu dan seperdua lagi untuk hambaKu), dan bagi hambaKu apa yang mereka minta.
Apabila hambaKu itu berkata : “Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalamin”,
Allah menjawab : ”HambaKu memujiKu” ;
dan apabila hambaKu berkata : “Arrahmaanir Rahiim”,
Allah menjawab : “HambaKu menyanjungKu” ;
dan apabila hambaKu berkata : “Maaliki Yaumiddin”,
Allah menjawab : “HambaKu memuliakanKu”,
dan apabila hambaKu berkata “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’iin”,
Allah menjawab : “Ini seperdua untukKu dan seperdua untuk hambaKu, bagi hambaKu, apa yang ia minta;
dan apabila hambaKu berkata “Ihdinashshiraathalmustaqiim, shiraathal ladzina an’amta ‘alaihim, ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh-dhaalliin”,
Allah menjawab : Ini semuanya untuk hambaKu, dan bagi hambaKu apa yang ia minta”.
(Hadis Riwayat Muslim)