RAMADHAN
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu
daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Qur'an: Surah 2, Ayat 182-183
Bulan Ramadhan adalah bulan ke sembilan dalam kalendar Islam. Oleh kerana kalendar
bulan adalah seminggu setengah lebih kurang dari kalendar matahari, maka bulan
Ramadhan akan semakin kebelakang setiap tahun. Ia adalah bulan suci di mana Tuhan
telah menurunkan wahyu kepada manusia.. Imam Jaafar as Sadiq( as) meriwayatkan dari
Rasulullah(saw):
“Kitab Ibrahim telah diturunkan pada malam pertama Ramadhan, Taurat pula diturunkan
pada hari keenam bulan Ramadhan, Injil pula diturunkan pada 13 Ramadhan..Al Quran
pula diturunkan pada 23 Ramadhan.”
Bulan ini juga dianggap begitu suci kerana terdapat di dalamnya malam Lailatul Qadar, di
mana Tuhan telah menentukan segala urusan yang bakal terjadi kepada ciptaannya, untuk
jangka masa setahun.
Imam Jaafar as Sadiq(as) telah mengatakan
“Ketika malam Lailatul Qadar, para malaikat, ruh dan penulis wahyu akan turun ke langit
bawah dan menulis apa sahaja yang Tuhan takdirkan untuk tahun itu, dan samada Allah
mahu mempercepatkan atau melambatkan sesuatu, Allah akan memerintahkan maiaikat
untuk memadam atau menambah apa-apa yang Dia sukai.
Rasulullah(saw) telah mengkhabarkan kepada kita betapa hebatnya bulan Ramadhan
“Bulan Ramadhan terlampau banyak sekali kelebihan, rahmat..Siang, malam dan setiap
jamnya adalah di dalam perkiraan Allah, di mana lebih penting dari siang, malam dan
jam pada bulan yang lain. Bulan ini melebihi bulan lain dalam kemuliaan dan
rahmatnya..Jadi seikhlas hati, bebaskan diri dari kejahatan samada fikiran atau
perbuatan, berdoa dan pintalah pada Allah agar diberikan kekuatan untuk berpuasa,
sepanjang bulan ini..”
Kesimpulan:
Muslim berpuasa sebagai lambang pengabdian dan mencari keredhaan serta keampunan
Illahi. Ia juga menjana kezuhudan di hati manusia. Berpuasa di bulan ini meninggikan
ayat-ayat Tuhan, dan menyucikan seseorang bagi mempersiapkan diri untuk malam al
Qadar, serta pengharapan pada pengampunan Allah. Berpuasa merupakan pembaharuan
kerohanian untuk setiap tahun, dan merupakan jalan Islam untuk keperibadian yang ideal
Apakah yang diperlukan untuk berpuasa Ramadhan?
Ringkasnya, berpuasa memerlukan berpantang dari semua jenis makanan dan minuman,
sembang kosong dan aktiviti seksual dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Sesetengah
orang tidak dapat berpuasa atas sebab umur, kesihatan dan lain-lain sebab, oleh itu mereka
perlu memberi sedekah dan menggantikan puasa mereka di lain waktu.
Bagaimanapun, sebab sebenar berpuasa di bulan Ramadhan itu lebih dari sekadar
menhindari dari beberapa perkara sahaja. Ia adalah waktu kita menggandakan usaha untuk
mencapai kesempurnaan rohani.
“Dahaga dan lapar yang kamu rasai dan lalui, di sini dan sekarang, adalah untuk
menyedarkan minda kamu akan keadaan di Hari Pembalasan.
- Berilah sedekah kepada mereka yang fakir dan miskin.
- Layanilah ibu bapa dan orang yang lebih tua dengan perasaan hormat
- Sayangilah anak-anak dan orang muda dari kami
- Berilah perhatian kepada kaum kerabat mu.
- Jagalah lidah dari perkara yang tidak patut di sebut
- Tutuplah mata kamu dari perkara yang tidak sopan untuk pandangan mata kamu
- Pekakkanlah telinga kamu untuk sesuatu yang tidak baik untuk telinga kamu
- Berlembutlah dan berbaiklah terhadap yatim piatu agar anak-anak kamu nanti, jika
perlu, menerima layanan yang sama dari yang lain.
- Bertaubatlah kepada Allah dan carilah kedekatan kepadaNya”
- Nabi al Akram, solawat ke atasnya dan keluarganya.
Selain dari puasa dan berusaha untuk moral terbaik, Muslim juga menggunakan banyak
masa dan tenaga di bulan ini untuk bersolat dan berdoa kepada Allah. Dalam beberapa
malam di bulan ini, Muslim akan berjaga sepanjang malam untuk beribadat.
Selepas hari terakhir bulan Ramadhan, Muslim akan merayakan Eidul Fitri untuk
merayakan penyempurnaan berpuasa. Mereka berkumpul bersama untuk bersolat, jamuan
dan bertukar hadiah sesama mereka. Bagaimanapun, perasaan ini bercampur baur, kerana
pemergian bulan Ramadhan, yang penuh dengan peluang pengampunan dan ganjaran,
untuk setahun lagi
“Aku berlindung kepada rahmat Mu, Ya Tuhan, apabila malam berakhir
dan Ramadhan tamat, dan aku masih lagi seorang yang berdosa, yang
bakal dihukum pada hari aku dhadapkan kepada mu.''
[Dari doa malam terakhir Ramadhan, diajar oleh Imam Jaafar as Sadiq(as)]