Tuesday, April 19, 2011

Masalah Yang Berlaku Pada Pelajar Politeknik PD

Sejak akhir-akhir ini, pelajar yang menetap dikamsis ramai yang tidak hadir ke pusat islam untuk solat jemaah pada setiap waktu. sesungguhnya solat berjemaah itu lebih baik daripada solat bersendirian di rumah ataupun kedai.
Pada artikal kali ini, kami ingin membincangkan mengenai "penjagaan aurat antara muslimin dan muslimah". Ramai daripada pelajar muslim yang berkata dirinya sudah menutup aurat. Jika ditanya lagi apakah maksud aurat yang sebenarnya? Pelajar 1 " aurat ialah tuntutan islam, dan kita kena patuhi". Pelajar 2 "Aurat dari segi bahasa ialah keaiban. Dari segi syara’ pula bahagian-bahagian tertentu pada tubuh badan manusia yang  wajib ditutupi dari pandangan". Hebatkan pelajar kita, semua dapat memberi definasi yang betul. tapi malangnya aurat mereka hanya kata-kata tapi bukan pada perbuatan ataupun niat. Bagi Muslimin ada yang berseluar pendek ketika main sukan ataupun ketika kuluar rumah. Bagi perempuan pula, mereka memakai pakaian yang ketat sehingga nampak bentuk tubuh badan. Mungkin mereka memandang perkara tersebut dengan remeh. 
Firman Allah S.W.t Mewajibkan setiap muslim menutup aurat:
“Wahai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa, itulah yang paling baik.” (QS.Al A’raaf,7:26)
Satu cerita yang mengisahkan pada zaman Rasulullah s.a.w:

Ibnu Mahram berkata: Saya membawa batu yang berat dan saya membawanya sehingga pakaian saya terbuka dan saya tidak dapat menutupinya, lalu saya membawa batu tersebut hingga ke suatu tempat dimana saya menurunkannya, Rasulullah saw. Bersabda :”Kembalilah dan bawa batu itu tetapi jangan berjalan dengan telanjang”. (Muslim 341, Abu Dawud 4016)
Hadis di atas membuktikan hukum menutup aurat adalah wajib walau dalam sebarang keadaan dan sebarang pekerjaan sehingga perkerjaan tersebut rumit dan menyusahkan namun menutup aurat adalah wajib. Alasan susah dan rumit tidak membolehkan kita membuka aurat sesekali.
Bagi yang sudah tahu bahagian-bahagian aurat muslimin dan muslimah, kami ucapkan syabas. Tapi bagi yang masih kurang pasti kami akan menceritakan serba sedikit tentang perkara ini.

Bagi Muslimin:
Imam Syafie (dan kita) menyakini bahawa antara pusat dan lutut adalah aurat

Ada perbezaan pendapat tentang kedudukan lutut , apakah lutut termasuk dalam aurat atau tidak?, akan tetapi jamhur ulamak (termasuk Hanafi, Maliki dan Hanbali) berpendapat bahawa lutut juga adalah tersenarai dalam senarai aurat. Maka lutut itu sendiri mesti ditutup.
Rasulullah saw. bertemu dengan seseorang dan orang tersebut mengatakan bahawa, ”Saya memakai pakaian, akan tetapi pahanya tidak tertutup, Rasulullah saw. bersabda kepadaku,”Tutupilah pahamu kerana itu adalah aurat”.
Bagi Muslimah:
Bagi perempuan seluruh anggotanya adalah aurat kecuali wajah dan tangan adalah aurat juga tetapi aurat ringan.
Asma’ datang mengunjungi Aisyah (saudara perempuannya), dia mengenakan pakaian yang tipis dari kepala hingga lututnya, kemudian Rasulullah saw. bersabda :
”Wahai Asma’ ketika seorang wanita sudah sampai baligh, tidaklah dibenarkan untuk menampakkan sesuatu pun kecuali ini dan ini (Beliau menunjuk pada muka dan tangannya)”
Kami harap hadis-hadis diatas ini dapat memahamkan semua pelajar muslimin dan muslimah. Jangan jadikan aurat ini sebagai perkara yang kecil. Dan tiada satu dalil pun yang membolehkan membuka aurat pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya dan pada orang yang tidak layak melihatnya.
Malah ada hadis yang mengatakan jika kita bersendirian diharuskan menutup aurat juga .
Rasulullah saw. melihat seorang laki-laki yang mengenakan pakaian di tempat yang terbuka dan Rasul saw. menegurnya, Beliau bersabda :
”Allah adalah pemalu, maka malulah terhadap Allah bukan malu terhadap dirimu, Dia menerima rasa malu dari orang-orang yang pemalu, dan Dia menyukai kamu dalam keadaan tertutupi (auratnya) dan Dia akan menutupi/melindungimu di hari pengadilan nanti”. (Abu Dawud 40192, Musnad Imam Ahmad 17509)
Ibnu Hakim bertanya:


“Kalau seorang dari kami dalam keadaan sendirian? Rasul menjawab: ”Maka terhadap Allah, sepatutnya seseorang lebih merasa malu daripada terhadap sesama manusia.”
Kami rasa sampai disini sahaja lah teguran yang kami mampu buat. Apa yang baik datang dari Allah s.w.t dan apa yang tidak baik atau tersalah bahasa semuanya datang dari diri kami sendiri.
wa'ullhualam..

No comments:

Post a Comment